Resepi Nasi minyak hujan panas MyResepi

Hari ni mummy nak menyambung kesinambungan rajin smlm...hihihihi...puji diri sendiri nampak...
Smlm wat nasi ayam tak cukup ayam...encik husband nak mengulang pg tadi x dpt,so pagi2 lagi mumme dah kelentang kelentung di dapo...masak kari kambing...jadi ptg ni eloklah kalo di tambah nasi meriah ni...membuka selera kanak2 dan ayah mereka....
Nasiminyak

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka


Comments

Popular Posts