All time feveret ...

Aduh,ni sdg duduk sebentar selepas mengah buka puasa...
Seharian hari ni di dapur,lenguh sampai berdiri lama sgt...
projek mega la,apa lagi...juadah khas utk en hubby...karipap.

Selalu mumme belasah je,wat inti dia...kali ni ikut resepi sbb nk wat yg paling sedap...
Dari kul 10.30pg sampai 2.00ptg di dapo...hanya siap uli dan bentuk 22biji karipap (ada ngelat2 sbb patutnye akan dpt 25biji)
Dough yg tinggal dlm peti tu pun rasanya nak try buat pai kari daging (hahaha).

Selesai projek karipap,sambung masak lauk plak...Ayam masak lemak...x de sayor...air asam kicap tomato jer la sbb tomato yg petik dr kebun tu masih ada...
Kul 4 baru siap...

Pegi plak kelas kul 5ptg sampai 7.30ptg...balik masuk dapo lagi...
Esok mumme nak rehat...

Karipap daging rangup

Karipap
kulit yang rangup. Doh dan inti boleh difrozen. (gambar dr laporan masakan)

Created on : 10-01-2007

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • Bahan Inti :
  • 500 g kentang - dipotong dadu
  • 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  • 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
  • Tumbuk Lumat :
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ sd besar jintan manis
  • 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak
  • ½ batang besar kulit kayu manis
  • 2 sd teh gula / secukup rasa
  • 1 sd teh garam / secukup rasa
  • 350 ml air
  • Doh Karipap :
  • 500 g tepung gandum - diayak
  • ½ sd besar garam
  • 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
  • 1 biji telur
  • ½ cawan ais
  • 250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara

  1. Inti :
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
  5. Doh :
  6. Masukkan tepung dalam mangkuk.
  7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
  9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
  10. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
  11. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
  12. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
  13. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.


Comments

  1. wah..mcm sedap je ni..tp awat cam lama sgt nak menyiapkan..xpe2..nanti aku try plak..wakaka..bulan2 posa ni asyik pikir nak masak lain dari lain je kan..hahaha..

    ReplyDelete
  2. cemana la x lama atid.byk sgt komersilnya...sat adik poo poo,sat Danish shout ''Mummy,done...''...berlari le lagi ke toilet.itu x kira pening mumme dengar diorg gaduh...aduiiii...balik mesia mau kena pisahkan kejap,sorg dok tok Kedah,sorg maktok Johor.

    ni pun tgh cari idea nak masak apa atid...lallalalala

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts