Caramel pudding dan type of lies...

 Cremelle - Weikfield

2 tajuk yg x seswai pun di gandingkan...tak pe la kan...kita jgn serius2 sgt...santai...

desert ni cepat je dah siap...kejap lagi nak mula masak lauk pula...dapat idea dari kawan mumme yg sorang ni http://atierulparents.blogspot.com/2010/08/salam-ramdhan.html...so hari ni makan lauk ayam masak merah berempah kari spesel la kami...hari ni x sibuk sgt sbb x de kelas...

Cakap pasal kelas,smlm mumme belajar value org di sini...berkisar tipu sunat...
White lies dan Black Lies.

White lies dianggap benar sbb tujuan kita nak menjaga hati satu pihak yg lain...contohnya kita memuji seseorg dgn apa yg dia sukai walaupun itu bukan taste kita.
dan jika kita nak mengelak membuat sesuatu yg bukan kewajipan kita pun itu dikatakan white lies...mumme x pasti bgmn penerimaan masyarakat kita terhadap perkara ni sbb mumme rasa kita lebih suka mengelak dari menghadapi permintaan org sekeliling kita kan...lg pun kadang2 kalau kita white lies,org tu pun mungkin x boleh terima kan...ini sbb masyarakat kita belum cukup memahami konsep hormat menghormati pedirian org lain.
cth:kalau ada kawan nak minta kita jadi guarantor dia ...apa yg anda akan buat?
Black lies pula penipuan yg amat tidak bermoral sbb kita telah tidak bertanggungjawab sbg anak/warganegara/pekerja etc.
Ini sng sikit nak evaluate.
cth:pekerja yg amik cuti sakit sbb nak pegi bercuti.

Itu dari value mereka...

Ada juga orang yang menafsirkan pandai menipu semua ni sbg wise/bijaksana...

Mumme pernah terjumpa petikan ''berkata2 benarlah kamu walaupun ianya amat pedih''

Hari ni mumme nak kaji sket pasal dusta dari http://al-qayyim.net

Dusta dan Fitnah: Racun Perosak Keharmonian Ummah PDF Print E-mail
Written by admin   
Wednesday, 04 February 2009
Abdul Razak Muthalib Ahmad
Islam adalah agama wahyu yang benar dan diakui oleh Allah swt . Allah melantik Nabi Muhammad saw sebagai rasul untuk menjadi utusan menyampaikan arahan dan laranganNya. Maka Rasulullah saw dibimbing dengan panduan wahyu Ilahi.
Justeru, peranan pengutusan rasul ini tidak akan dapat dihayati jika kita tidak menjadikan Baginda sebagai ikutan dan teladan sepanjang zaman. Di antara misi pengutusan Baginda ialah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Hal ini diakui sendiri oleh Baginda melalui sabdanya (bermaksud): ((Sesungguhnya aku diutuskan untuk meyempurnakan akhlak yang mulia)) (Riwayat Imam Malik, al-Muwatta’).
Dalam hadis lain, Rasulullah saw mengisyaratkan bahawa akhlak yang baik ini menjadi tanda kesempurnaan iman. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda: ((Seorang mukmin yang sempurna imannya ialah yang baik akhlaknya)). (Riwayat Abu Daud (4683), al-Tirmizi-hadis hasan sahih).
Akhlak mulia lagi terpuji ini yang menjadi pakaian Rasulullah saw perlu dicontohi oleh umat manusia. Arahan ini terkandung di dalam pernyataan Allah (bermaksud): ((Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik)) (al-Ahzab:21). Rasulullah saw dengan sifat amanah dan tabligh, tidak membiarkan para sahabat terumbang ambing tanpa panduan. Baginda saw mendidik para sahabat dengan wahyu Allah; menyampaikan suruhan serta menyatakan larangan-Nya. Perlu difahami bahawa suruhan dan larangan tersebut bukan ditujukan untuk para sahabat sahaja, malah untuk seluruh umat Baginda.
Di antara larangan dan tegahan yang dinyatakan oleh Rasulullah saw ialah larangan memfitnah dan berkata dusta. Fitnah dan dusta ini merupakan dua elemen yang menjadi racun perosak dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, Islam yang senantiasa menyeru ke arah perpaduan dan keamanan, telah menetapkan dua perkara ini sebagai larangan yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya dua unsur perosak ini dibiarkan berlegar di kalangan masyarakat secara berleluasa, apatah lagi jika dijadikan amalan dan suatu kemestian, maka nantikanlah kehancuran dan kepincangan masyarakat.
Fitnah ialah mengatakan sesuatu atau menyebarkan sesuatu fakta yang tidak benar dan tidak disukai tentang pihak lain. Secara umumnya, fitnah dan berdusta ini, jika dilihat dari satu sudut merupakan dua sifat yang mempunyai persamaan; iaitu menyatakan sesuatu yang tidak benar. Di dalam hadis daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw ditanya tentang al-ghibah (mengumpat). Maka Rasulullah saw menjawab: ((Mengumpat itu ialah kamu menyebut tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya)). Sahabat bertanya: “Bagaimana jika perkara itu adalah sesuatu yang benar tentang saudaraku?”. Rasulullah saw menjawab: ((Jika perkara tersebut (yang tidak disukai) ada pada saudaramu, maka kamu telah mengumpatnya, dan jika perkara tersebut tidak ada pada saudaramu, maka kamu telah memfitnahnya (melakukan dusta ke atasnya)). (Hadis hasan sahih, riwayat al-Tirmizi).
Imam al-Nawawi (meninggal 676H) di dalam Riyadh al-Salihin, bab “Larangan Berdusta”, menyatakan bahawa: Dusta itu ialah seseorang mengatakan sesuatu atau menyebarkan berita yang tidak berlaku. Seperti berkata: “Telah berlaku begini…” atau “Dia berkata begini…” atau yang seumpamanya, padahal perkara tersebut tidak benar. Maka dia telah melakukan dusta.
Syaikh Muhammad ibn Solah al-‘Uthaimin di dalam Syarh Riyadh al-Salihin telah membahagikan dusta ini kepada dua bahagian:
Pertama: Dusta terhadap Allah dan RasulNya. Inilah jenayah yang paling besar dan suatu kezaliman. Firman Allah swt (bermaksud): ((Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim)) (al-An’am:144).
Dusta terhadap Allah dan Rasul ini berlaku dalam dua keadaan iaitu:
(1) Menyandarkan kepada Allah atau kepada Rasulullah saw sesuatu yang bukan daripada firmanNya atau pun sabda Baginda saw. -Pencipta hadis palsu termasuk dalam golongan ini-.
(2) Menafsirkan sesuatu ayat al-Quran atau hadis Nabi dengan tafsiran yang salah lagi menyimpang daripada apa yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya.
Sebagai contoh, suatu pihak yang menggunakan firman Allah di dalam surah Quraish, ayat 4 (bermaksud): ((Yang memberi makan kepada mereka daripada kelaparan, dan yang mengamankan mereka daripada ketakutan)) dengan mendakwa merekalah yang menjamin rezeki dan keamanan orang ramai. Maka dakwaan ini dengan menggunakan ayat tersebut ternyata salah. Ini kerana ayat tersebut perlu dibaca bersama ayat sebelumnya (bermaksud): ((Maka sembahlah Tuhan rumah ini (Kaabah). (Iaitu Tuhan) yang memberi makan kepada mereka daripada kelaparan, dan yang mengamankan mereka daripada ketakutan)).
Malang sekali, perkara sebegini pernah berlaku. Sehinggakan ada pihak -demi kepentingan sendiri- menjadikan ayat ini sebagai salah satu modal dalam kempen mereka.
Rasulullah s.a.w.  memberikan suatu peringatan dan ancaman yang berat terhadap sesiapa yang melakukan pendustaan ke atasnya dengan sabda yang bermaksud: ((Sesiapa yang melakukan dusta keatasku siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka)). (Muttafaqun’alaihi). Cukuplah amaran Allah dan Rasul-Nya ini sebagai peringatan kepada kita. Waspadalah dalam berbicara tantang agama.Suasana hari ini mempamerkan kepada kita bahawa ramai umat Islam yang tidak memahami secara jelas tentang sesuatu hal  yang berkaitan dengan Islam tetapi berminat untuk mengambil bahagian dalam mengulas dan menyampaikan pendapat mereka. Natijahnya, maka muncullah pendapat-pendapat pelik yang lari jauh dari landasan yang sebenar. Bahkan sebahagian daripada kalam-kalam mereka itu jika diamati boleh menjejaskan kesahihan akidah mereka.
Ramai juga yang menjadikan hadis-hadis Nabi s.a.w. sebagai hujah untuk membenarkan kata mereka. Perkara ini jika dilihat secara kasar adalah amat baik malahan sangat dituntut. Tetapi, malangnya mereka mengambil sikap cuai dan lewa dalam menyampaikan hadis-hadis tersebut dengan tidak mempastikan terlebih dahulu tahap kesahihannya. Maka digunakan  hadis-hadis dhai’f dan palsu sebagai hujah dan disebarkan kepada masyarakat. Apa yang dipentingkan adalah pendapat mereka diterima, barangan mereka laris, sokongan terhadap mereka bertambah, kedudukan mereka tidak tergugat, periuk nasi mereka selamat.
Malah yang lebih malang lagi, perkara ini dilakukan oleh mereka yang berpendidikan khusus dalam bidang agama. Mereka mengerti hakikat sebenar, tetapi sengaja menyembunyikan kebenaran. Mereka mengetahui hukum-hakam yang tepat, tetapi sengaja memutar belitkan kenyataan. Mereka memahami hakikat sesuatu ilmu, tetapi sengaja mengkhianati ilmu yang mereka pelajari. Asalkan mereka mendapat restu dan sokongan, dari rakyat jelata dan pimpinan atasan.
Dr. Nur al-Din al-‘Itr di dalam kitabnya Manhaj al-Naqd fi ‘Ilmi al-Hadith telah menggariskan lima sebab dan golongan yang menyebabkan muncul dan tersebarnya hadis-hadis palsu ini dikalangan masyarakat. Dua daripada sebab-sebab dan golongan tersebut ialah:
1. Untuk menggalakkan manusia kearah kebaikan dan memberi amaran daripada melakukan kemungkaran (al-taghrib wa al-tarhib). Termasuk di dalam golongan ini adalah mereka yang jahil yang beranggapan zuhud dan ingin melakukan tazkiyat al-nafs. Tetapi amalan mereka ini dilakukan dalam keadaan mereka jahil dengan asas agama yang sebenar. Maka mereka mencipta hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat zikir dan solat-solat sunat yang melampaui prinsip-prinsip agama, lalu disebarkan untuk menggalakkan masyarakat ke arah kebaikkan. Mereka pula mencipta dan menyebarkan hadis-hadis tentang azab dan balasan dosa terhadap kesalahan-kesalahan tertentu yang keterlaluan dan menyimpang jauh daripada asas agama dengan tujuan menjauhkan manusia daripada melakukan kemungkaran. Tetapi tanpa disedari mereka telah melakukan pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w.
2. Untuk mendapat habuan keduniaan. Termasuk di dalam golongan ini adalah golongan yang ingin menghampiri diri kepada pemerintah dan juga para penyampai dan pencerita yang bertujuan mendapat habuan masing-masing. (Al-Itr, Nur al-Din, Manhaj al-Naqd fi ‘Ulum al-Hadith (Beirut; Dar al-Fikr al-Muasir,cet.3,1997), hal.304).
Kedua: Dusta terhadap manusia. Dusta terhadap manusia ini juga boleh belaku dalam dua keadaan. Pertama; seseorang yang berpura-pura menzahirkan dirinya sebagai seorang yang beriman, beramal soleh dan melakukan kebaikan, sedangkan hakikatnya dia adalah kafir yang tidak bersikap sedemikian. Golongan inilah yang digelar sebagai munafik. Allah s.w.t. menyifatkan golongan ini melalui firman-Nya: ((Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman)).(Al-Baqarah:8) Kedua, pendustaan terhadap manusia boleh berlaku apabila seseorang itu mengatakan sesuatu yang tidak benar atau menyebarkan sesuatu berita palsu di kalangan masyarakat.
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As, Rasulullah s.a.w. menerangkan tentang empat perkara jika terdapat pada seseorang, maka dia tergolong dalam golongan munafik (munafik amalan). Diantara empat sifat tersebut adalah apabila dia bercakap ia berbohong.
Sesungguhnya perbuatan menyebarkan fitnah dan berita palsu ini merupakan suatu sifat yang terkeji lagi terkutuk. Perbuatan ini merupakan punca berlakunya perselisihan pendapat, pertelingkahan, terputusnya hubungan silaturrahim, malahan boleh membawa kepada pembunuhan. Sedangkan orang mukmin ini keseluruhannya disifatkan oleh Allah sebagai bersaudara. Allah s.w.t. berfirman: ((Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara)). (Al-Hujurat: 10)
Tetapi fenomena yang berlaku hari ini, seolah-olah menghalalkan sikap berdusta dan menabur fitnah ini. Sama ada ia dilakukan oleh individu tertentu demi kepentingan peribadi atau oleh kumpulan-kumpulan tertentu demi meraih sokongan dan mendapat kemenangan. Maka disebarkanlah berita-berita palsu dan fitnah-fitnah yang memburukkan pihak lain. Harapannya supaya kepercayaan terhadap pihak tersebut akan terhakis. Kedudukannya akan tergugat. Dakwahnya tersekat. Perjuangannya akan singkat.
Selain itu, sikap menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu ini merupakan sikap yang boleh menyakiti hati sesama Muslim dan menyebabkan hubungan ukhuwah Islamiyah akan menjadi retak. Sebab itulah Islam amat melarang perbuatan menyakiti hati seorang  Muslim yang lain dan menjanjikan balasan dosa terhadap mereka yang melakukan sedemikian. Firman Allah s.w.t.(bermaksud): ((Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata)).(Al-Ahzab: 58)
Al-Imam Ibn Kathir (w 773 H), ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa: “Mereka telah menyandarkan kepada orang beriman ini sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh mereka (orang beriman), maka inilah fitnah dan dusta yang besar iaitu menyatakan sesuatu perkara tentang orang yang beriman apa yang tidak dilakukan oleh mereka dengan tujuan untuk memalukan dan menjatuhkan martabat mereka.” (Ibn Kathir, Tafsir Al-Quran al-‘ Azim (Beirut: Dar al-Turath al-Arabi, Ctk. 1,2000), m/s 524).
Oleh itu, wahai seluruh kaum Muslimin, berhati-hatilah dalam berbicara, berwaspadalah dalam bertindak. Ini kerana segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan di dunia, sedikit pun tidak akan terlepas daripada pandangan dan perhitungan-Nya. Allah s.w.t. berfirman (bermaksud): ((Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau pebuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)). (Qaaf: 18)
Ingatlah, setiap lafaz yang diucapkan oleh lidah dan sebarang tindakan yang dilakukan oleh anggota, maka kita akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan. Akhirnya, renungilah sabda Rasulullah s.a.w. ini: daripada Ibn Mas’ud r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: ((Sesungguhnya bercakap benar membawa kepada kebaikan, dan  kebaikan itu membawa kepada syurga, dan tidaklah seseorang yang bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah dia di kalangan orang yang benar; dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan, dan kejahatan membawa kepada neraka, dan tidaklah seseorang yang berdusta sehingga ditulis di sisi Allah bahawa dia dikalangan  pendusta. (Muttafaqun’ alaih).
Semoga kita semua digolongkan Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya yang benar dan selamat dari sebarang fitnah.
 
video ini peringatan utk diri mumme sendiri

Comments

  1. nurul..camne dah try masak merah ayam berempah tu..sedap kan. ayam tu makan saje pon sedap..hehe..wangi.

    ermm..type of lies..pembohongan pon byk type nye ek..hehe..white type tu mcm kita kena berpura2 la plak kan..tp demi menjaga hati org lain mungkin boleh di praktikan..tp xleh la selalu..nanti jd org bertalam2 muka plak..hehe
    sebab aku ckp camtu..ada sorg minah kat tempat aku ni..dia depan org manis mulut lidah..tp belakang kutuk..kata org tu gemuk la..pendek la..belakang masa depan kawa dia tu dia ckp dah kurus la..cantik la..eee~~~..x suka la type org mcm ni. sib baik kawan2 kita x mcm ni kan nurul..

    ReplyDelete
  2. mmg sedap la atid...perap dgn ketumbar kejap pastu goreng kan...maybe sbb tu wangi.

    ye la atid...ko tau kan,aku ni bukan jenis memuji sgt org.aku ni mmg takut jd kuih talam.melainkan org tanya pendpt aku.susah la nak ckp...sbb kdg2 takut bila berhadapan dgn org yg sgt manis mulutnya...sama la pengalaman kita...padahal org tu nak korek sesuatu rahsia utk kenakan kita balik jer kan...

    harap2 x kan ada org mcm ni antara kita...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts