Antara Pakistan,Finland dan Malaysia...kebesaran Allah yg wajib direnungkan





Pesawat Iron Maiden yg rosak akibat dipukul ribut....di Finland
Patutlah semalam masa telefon mak line sgt teruk...rupa2nya seluruh semenanjung cuaca buruk semalam...
Apabila kita didatangkan musibah oleh Allah,kenalah kita check balik diri kita...satu Malaysia...
Ya Allah...berikan lah lagi kesempatan kepada kami utk menilai dan membaiki kesilapan diri kami...
Kalau sblum ni kejadian tornado smua tu yg kita takut2 kan,skrg di negara sendiri...apakah maksud tersirat di sebalik semua ni?Allah x akan menurunkan sst tanpa sebab.
Adakah Dia murka atas kebejatan kita di Malaysia?Buang anak,rasuah,bunuh-bunuhan,kezaliman yg berleluasa dan you name it,smua ada...

 Ribut ragut dua peniaga Bazar Ramadan, 18 cedera (to date:4 deaths;cari forum)

sumber:the Malaysian Insider
TERKINI @ 11:28:18 PM 13-08-2010
August 13, 2010

Seorang mangsa cedera akibat ribut di Bazar Ramadan dibawa ke Hospital Jasin. - Foto Bernama
JASIN, 13 Ogos — Dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh menakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut dalam kejadian yang melanda kawasan Bazar Ramadan di pekarangan Stadium  Jasin di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata dua peniaga  yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40,  berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari  Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari  Kampung Rim di sini.
“Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah (panjang)  20 kaki kali 20 kaki (lebar) yang diterbang ribut,” katanya kepada Bernama di  sini, hari ini.
Che Suza berkata Abdul meninggal dunia ditempat kejadian, Mahadi di. Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.
Mayat Abdul dan Mahadi dibedah siasat di Hospital Jasin manakala  Muhammad di Hospital Melaka.
Mahadi peniaga martabak manakala Abdul penjual cendol.
Sebanyak 21 khemah disediakan untuk 56 orang peniaga di bazar tersebut.
Beliau berkata kebanyakan daripada 18 mangsa yang cedera dirawat  sebagai pesakit luar di Hospital Jasin.
Seorang peniaga yang terselamat dalam kejadian itu, Farim Rosli, 32, berkata kejadian ribut yang kuat itu telah menerbangkan hampir kesemua 30 khemah yang disediakan kepada peniaga di Bazar Ramadan berkenaan.
“Tiba-tiba ribut datang, terbangkan khemah tempat saya berniaga,  nasib baik saya dapat mengelak daripada terkena tiang besi kaki khemah yang  diangkat ribut, kalau tidak tak tahu nasib saya,” katanya.
Beliau berkata orang ramai dan peniaga bertempiaran lari  menyelamatkan diri dan ada di antara mereka yang dihempap oleh khemah.
“Sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama  kami (peniaga) dilanda ribut yang cukup dasyat, walaupun dalam tempoh yang  tidak lama,” katanya dari Kampung Air Merbau.
Seorang pengunjung Bazar Ramadan itu, Fatimah Hassan, 32, berkata  ketika kejadian orang ramai sedang sibuk membeli juadah untuk berbuka puasa  di bazar berkenaan.
“Keadaan ketika itu begitu kelab kabut dengan masing-masing cuba lari. menyelamatkan diri, saya bersyukur kepada Allah kerana tidak cedera walaupun nyaris-nyaris terkena tiang besi kaki khemah yang diterbangkan ribut,”  katanya.
Turut melawat mangsa ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ahli Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dan Ahli  Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Rambai, Hassan Rahman. — Bernama
Lokasi:Malaysia.sumber:cari forum
sumber:cari forum


Comments

  1. uwaaa..tu la nurul, aku mcm x caya je ada ribut mcm tu kat malaysia..aku tgk vedeo clip kat tv3 smlm terkezut..bala Allah turunkan dalam bulan ramadhan plak tu..mesti Allah terlalu murka kan..sepatutnye bulan ramadhan kan bulan utk umat manusia..Allah bg byk kelebihan pada bulan ini tp tu la..manusia x ingat..mcm kes buang anak terlalu byk skrang ni..boleh dikatakan tiap2 ari ada kes. kekadang satu hari samapi 2-3 kes. aduh la..yg pelik nye semuanye dibuat oleh org melayu yg x layak dipanggil org islam..kejam..benci ar aku tgk diorg ni. geram sgt..

    ReplyDelete
  2. Itu la kita ni sbnrnya terlampau barat dari barat,Atid. Bila dibandingkan remaja di sini dgn di Malaysia,sbnrnya apa yg ditunjukkan dlm tv tu x 100% betul Atid...cuti musim panas tau apa diorg buat...pg kem ibadah tau...
    Di akhir zaman ni mmg kita kena kawal anak2 kita.Ikat diorg ketat2 dlm rumah.Ke mana pergi mesti dgn kita.
    Lihat saja lah Atid,bila dh terlampau sgt maksiat,bala tu turun semua sekali merasa.Harapnya sempat lagi aku berjumpa mak ayah aku Atid...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts