Ramadhan bakal singgah lagi...

Perasaan bercampur aduk...gembira menyambut ramadhan yg menjanjikan sejuta manfaat,pahala bg kita...juga sekelumit kerinduan...huhuhu...mumme emo sekejap...

Namun,di sertai seribu harapan dan impian...insyaAllah tahun hadapan berpuasa bersama2 keluarga tercinta...
Berbuka puasa bersama terakhir sebelum berangkat

Imam al-Ghazali di dalam kitabnya ihya’ ulumiddin mengatakan bahawa di antara usaha memastikan amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima ialah merasa khuatir sekiranya amalan yang dilakukan tidak diterima oleh Allah s.w.t. Ibnu Rajab pula berkata, sebaiknya puasa Ramadhan diakhiri dengan istighfar kerana istighfar merupakan penutup bagi segala kebajikan seperti solat, haji dan solat malam. 

dipetik dari

MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA
KHUTBAH JUMAAT
12 NOVEMBER 2004M / 29 RAMADHAN 1425H

Amalan yang menghidupkan Ramadhan (dipetik dari Portal PTS)

1. Sedekah
Memperbanyakkan sedekah dan bermurah hati di bulan Ramadan adalah dituntut. Ibn 'Abbas melaporkan:
                 "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan ketika Jibrai menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." (Riwayat Bukhari)
2. Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ianya bulan al-Quran sebagaimana Allah menyatakan,
               "...bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibrail sentiasa bertaradus al-Quran dengan Nabi setiap hari pada bulan Ramadan. Begitu juga para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah-ibadah yang lain. Sebahagian salaf sentiasa mengkhatamkan al-Quran dalam masa tiga hari dan sebahagiannya dalam masa tujuh hari dan sebahagiannya setiap hari pada bulan Ramadan. Saidina Uthman bin Affan sentiasa mengkhatamkan al-Quran pada setiap hari pada bulan Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba bulan Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

3. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa
Rasulullah berkata, "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurang sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

4. Qiamullail
Qiamullail ertinya berjaga malam. Disunatkan berjaga malam secara berjamaah pada bulan Ramadan iaitu solat Tarawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan solat malam pada bulan Ramadan. Rasulullah berkata:
"Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu." (Riwayat Bukhari)
5. Solat Tarawih

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjamaah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum perlaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati para jemaah.


Artikel dipetik daripada buku Adab Ramadan oleh Absyar Fuad dan Suzana Ismail

p/s:dalam kerinduan pada bazaar ramadhan...ada penawarnya....
set berbuka puasa citarasa somalia di sini,kuih muih dan manisannya seakan2 di Malaysia...
 

Comments

  1. Selamat menyambut Ramadhan buat akak jua.. :)walau di mana berada.. kita bernaung bawah matahari yang sama..

    ReplyDelete
  2. thanks aiDieNa,betul tu.nikmatilah hidup ini walau di mana kita berada kan...salam kenalan...thx for follo...

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut ramadhan...

    ye..betul,ada byk juga makanan org sini sama mcm kt malaysia,mcm acar buah,sambal ikan,dan dorang juga ada 'kiri bath' yg dimasak mcm nasi lemak,tp nasi tu agak keras skit,dan perlu dipotong2 utk makan. :)

    ReplyDelete
  4. oo,kiri bath yer nm dia...thx for sharing...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts