Watermelon oh watermelon

After about a week not visiting our garden,we managed to grab tools and did some GARDENING...hihihi...
tinggi sungguh dah pokok2 yg x ditanam tu naik...lalang x dak la pulak...tapi ada satu jenis pokok ni...punyalah subur...bukan satu,tapi ada dlm 2,3 jenis...iaitu
1)daun sup (cilantro)
2)sejenis herbs (cikgu english kata kalau US english,kita sebut erbs)
   yg berbau menthol
3)pokok polk (ada pakcik tu bg tau nama dia tapi x ingat)

Yang sedihnya,ingat dtg nak kutip watermelon,tgk2 dah busyuk 3 biji watermelon tu...lambat sgt menjenguk kebun,...ituler...
tapi still ada penawar kesedihan...watermelon yg di balkoni dh sebesar penumbuk...so mumme belah ajer la nak tgk isinya...

Smlm mumme clear2 refrigerator,potong smua watermelon yg ada dlm stok...
pastu x de la plak mkn2 nyer...tepon mak,mak cadangkan buat kerabu tembikai

antara resepi kerabu tembikai yg mumme terjumpa di internet

Kerabu kulit tembikai...

sebiji kulit tembikai
1/2 inci belacan
6 biji cili padi dipotong halus
1 biji bawang kecil dimayang halus
garam dan gula sesedap rasa

caranya:
kikis isi kulit tembikai yg disebelah dalamnya tu.. (biasanya bila kita potong tembikai, kan ada lebihan isi merah pada sebelah dalam kulit tembikai tu..)..kikis isi yg lembut2 sahaja. masukkan dalam mangkuk.

Kemudian, campurkan belacan dan hirisan bawang dan cili bersama.  hancurkan belacan tersebut di dalam isi tembikai tadi. gaul rata bersama garam dan gula secukup rasa dan hidangkan....

sedap dimakan bersama  nasi panas..rasanya mcm air asam cicah ikan bakar...
yummyyyy..:lol:

tapi itu kulit tembikai sudah buang smua daaa...selamat mencuba kpd yg masih ada kulit tembikainya...

Comments

Popular Posts