Tornado hit The Plains and Athens.

Ya Allah,patut lah pagi Jumaat tu sebahagian bandar tempat kami tinggal ni,traffic light nye x function...library dan banyak kedai pun tutup...rupa2 nya kami dilanda tornado.

Dengarnya kali terakhir tornado menyerang Athens 1930an...Athens dikira beruntung sbb terlindung oleh Hocking Valley...banjaran Appalacian yang menjadi pelindung utama dari bencana.

Mumme mmg tak sedar langsung bila kejadian ni berlaku sbb ptg Khamis,mumme still keluar,ambik ayah balik kerja sbb pg tu mumme pakai kereta.Kami balik pun dah pukul 7mlm dan masuk tido jam 11 mlm...Syukur ke hadrat Allah yang melindungi kami...Ada la dengar siren polis,ingat polis buat round atau ada kes...
Antara rumah kabin yang rosak...kami hanya melintasi pekan The Plains,jaraknya sangat dekat dgn apartmen kami,dalam 15-20 minit drive...dan terkejut melihat keadaan kerosakan yang telah berlaku.Mumme juga masih dapat melihat sebuah rumah kabin telah terbalik dan terkopak pintunya...kelihatan perkakasan dalam rumah bergelimpangan...tapi malangnya gambar x berapa elok dan dihadang oleh kenderaan yang lalu lalang.
Gambar ini diambil sehari selepas kejadian...Kejadian berlaku pd hari Khamis,ptg/mlm. Mumme perasan ada warning tornado di tv dlm pukul 3 ptg...tapi utk kawasan lain...x sangka mumme terlepas warning yg paling update,tapi syukur alhamdulillah kami sekeluarga terselamat...apartmen kami yang di atas bukit telah dilindungi Allah dari bencana alam.Itulah namanya kuasa Allah.
Berkemungkinan besar musim luruh tahun ini tidak begitu colourful spt tahun lepas kerana semasa tornado menyerang,banyak pokok yang tumbang dan dedaun berguguran...keadaab di The Plains juga seakan2 hiba...bumbung berterbangan,rumah di hempap dahan2 pokok...ramai yg kehilangan tempat tinggal...bekalan elektrik juga terputus hampir 3 hari...syukurlah suhu belum betul2 drop lagi....Perancangan Allah sentiasa yang terbaik...
FREE FOOD,SHELTER

Comments

Popular Posts