Basil=Berani.Panjang tetapi wajib mumme sampaikan pd semua..

Hari ni Jumaat...sambil menikmati kemerduan bacaan al quran dari LIVE KAABA di MillatFacebook http://millatfacebook.com/kaba/ (really,u can view Kaaba, LIVE!),mari lah merenung dalam2 tazkirah yg mumme petik dari
www2.pkink.gov.my/Microsoft%20Word%20-%20Nik%20Mohamed%20Kamal.pdf

 
                                     SIFAT-SIFAT BERANI
                             oleh Tuan Hj Nik Mohammad Kamal Nik Yusoff


Sedar ataupun tidak kita semua mempunyai sifat-sifat berani. Cuma yang membezakannya samada sifat berani yang ada pada kita ini adalah Sifat Berani Yang Negatif ( sifat berani yang ditegah ) atau Sifat
Berani Yang Positif ( sifat berani yang dituntut ) atau kedua-duanya sekali.


Apa yang dimaksudkan dengan Sifat-sifat Berani Yang Negatif ialah sifat berani kepada sesuatu yang
patut ditakuti atau berani melanggar syariat dan peraturan yang baik, termasuk undang-undang
yang dibuat oleh manusia. Dengan kata lain, berani yang merugikan diri sendiri dan sesama
manusia, setidak-tidaknya berani yang tidak mendatang sebarang manfaat. Sifat berani ini dilarang oleh agama kita. Sebagai contoh, berani melakukan maksiat, berani menyakiti hati sahabat, berani
melanggar peraturan lalu lintas dan seumpamanya
.


Manakala Sifat-sifat Berani Yang Positif pula adalah sifat-sifat jika diamalkan akan mendatangkan
kebaikan kepada diri sendiri dan kepada sesama insan dan digalakkan oleh agama kita. Dengan kata
lain, berani hanya kepada yang disuruh oleh Allah SWT dan takut melakukan yang salah dan
maksiat. Sebagai contoh, berani beramal dengan sifat-sifat terpuji, berani menjauhi sifat-sifat yang buruk,berani menghadapi kritikan, berani memberi kritikan yang menyenangkan, berani menghadapi kegagalan
dan seumpamanya.


Beberapa Sifat-sifat Berani Yang Positif yang harus ada pada diri kita ialah :
Berani Menjauhi Sifat-Sifat Yang Buruk


Berdusta (Bohong) : Para ulama bersepakat bahawa yang dikatakan berdusta ialah memberi,menyampaikan maklumat dan laporan, yang tidak sesuai, tidak secocok dengan yang sebenarnya. Berdusta
ada 3 jenis :
         Berdusta dengan perkataan, iaitu perkataan yang tidak sesuai dengan perbuatan.
     o
         Berdusta dengan tulisan, iaitu membuat sesuatu ikatan, akad, laporan berita yang tidak sesuai
     o
         dengan kejadian ataupun keadaan yang sebenarnya.
         Berdusta dalam hati, hatinya mendustakan sedang mulutnya membenarkan.

     o
Hukum ketiga-tiganya adalah haram, dan Allah SWT sangat murka kepada orang-orang yang berbuat demikian sepertimana firmanNya dalam surah Ash-Saf : 3 yang bermaksud:
 “Sangat besar kemurkaan di sisi Allah (jika) kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”.
 Sabda Rasullullah SAW (riwayat Iznu Majah dan Nasa’i) :
 “Hati-hatilah kamu akan berdusta, kerana dusta itu sama dengan kecurangan dan tempat kedua-duanya adalah di dalam neraka”. Walau bagaimanapun ada juga dusta yang dibenarkan iaitu ketika berperang dan dalam mendamaikan orang yang berbalah.

 
Takabur (Sombong) : Satu sifat yang sangat dicela dan dikutuk oleh ajaran Islam. Sifat ini sudah ada sejak Nabi Adam a.s dicipta lagi. Antara sifat yang dimiliki oleh orang yang takabur ialah mudah marah dan kasar,sering menghina, mencaci, jarang sekali berterima kasih dan memuji kelebihan orang lain, pantang menerima kritikan dan saranan, tidak suka bermusyawarah, tidak mahu mengaku kesalahan atau kekurangan dan sering dengki dengan orang lain dan antara kata-kata yang berunsur takabur ialah
“Kalau aku kati hitam, hitamlah.........” dan “Kalau tidak kerana aku.........”.

 
 sabda Rasullullah SAW ( riwayat Muslim ) :
 “Tidak akan dimasukkan ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah sifat takbur”.


Buruk Sangka : Buruk sangka atau “suudzan” memang sukar dihindari dalam kehidupan sehari-hari yang serba kompleks seperti sekarang ini. Apalagi dipermudahkan dengan berbagai-bagai alat-alat kemudahan
komunikasi seperti Internet dan SMS yang mana mempermudah dan mempercepatkan penyebaran berita
sebelum kesahihan berita disahkan. Begitu juga dengan perbuatan mencari-cari kesalahan orang lain atau “tajasassu”. Mencari-cari kesalahan orang lain seolah-olah sudah menjadi alat untuk menutupi kesalahan
diri sendiri.


 Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujuraat : 12 yang bermaksud :
 “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah
sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani”.

 
 Sabda Rasullullah SAW (riwayat Abu Hurairah r.a.) :
 “Jauhilah oleh kamu prasangka, kerana berprasangka merupakan seburuk-buruk percakapan. Janganlah kamu mengada-adakan dan mencari-cari kesalahan orang lain”.

 
Mengumpat : Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. Mengumpat berlaku samada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut
atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Buruk dan hinanya mengumpat disamakan dengan memakan daging saudara seagama.
Dosa mengumpat bukan sahaja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT biarpun pelakunya betul-betul bertaubat melainkan diampunkan oleh orang yang kena umpat. Di akhirat
nanti, pahala pengumpat akan diberi kepada yang kena umpat dan sekiranya tiada pahala lagi dosa yang kena umpat diberi kepada pengumpat.

 
 Allah SWT berfirman dalam surah Al-Humazah : 12 yang bermaksud :
 “Celakalah setiap pengumpat lagi pencela”.
 Sabda Rasullullah SAW (riwayat Bukhari dan Muslim)


"Tidak masuk syurga orang yang mengumpat”.

 
Hasad Dengki : Hasad atau dengki adalah satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya
lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu.
 Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan kepada Allah SWT. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya.
Sabda Rasullullah SAW (riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah) :
 “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar”.
Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada 3 jenis :
          Menginginkan agar kenikmatan orang lain hilang dan digantikan kepadanya.
      o
         Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya,
     o
         baik kerana rasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang
         memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat dari dengki di atas.
         Tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat
     o
         kenikmatan lebih daripada yang dimilikinya.


Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

 
Di dalam setiap diri manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat
nikmat yang sama. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenali sebagai ghibtah.
Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang. Ini bukanlah dengki sebenarnya.


 Sabda Rasllullah SAW (riwayat Ibn Masud) :
“Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah SWT harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan. Kedua, keadaan
orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.”
.(riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi : Mustika HAdis 106).

 
Dalam hadis ini, Rasullullah SAW menerangkan dua hikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah
SWT mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang itu.
 

Kesimpulannya, hasad yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat nikmat Allah SWT dan menggunakannya kepada perkara yang diredhaiNya.
 

Berani Beramal Dengan Sifat-Sifat Terpuji
 
Kejujuran : Jujur adalah nilai dan etika pengurusan organisasi yang diutamakan oleh Islam. Islam menegaskan bahawa perancangan dari atas ke bawah mesti jujur, amanah dan adil dalam pengurusan organisasi. Berani memberi teguran secara bijaksana (hikmah) termasuk dalam sifat jujur dari kaca mata Islam. Teguran itu mestilah dua hala, pihak atas sering membimbing dan memberi teguran kepada pihak bawahan. Sebaliknya, pihak bawahan juga berhak untuk melakukan hal yang sama.

 
Keadilan : Dari segi bahasa “adil” membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pengistilahan meletakkan sesuatu pada tempatnya adalah berdasarkan kepada ketentuan akidah, syariah dan akhlak
serta bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Adil itu meliputi kepada diri sendiri dan orang lain.Dalam bidang pengurusan organisasi, keadilan itu meliputi semua hal dan bidang dari segi peraturan,undang-undang, nilai, etika, pemilihan calon ke sesuatu jawatan, agihan kerja dan gaji. Pentingnya“keadilan” diperjelaskan lagi oleh Allah SWT dalam Al-Quran surah 

An-Nisa : 57 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”.

 
Kebenaran : Kebenaran dari kaca mata Islam itu berasaskan kepad iman dan taqwa. Benar tentang niat,perkataan, tingkah laku, tindakan dan dalam melaksanakan tanggungjawab serta tugas pengurusan. Iman
dan taqwa menjadi asasnya. Hal inilah yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran surah Al-Taubah 19 yang bermaksud :

“Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah SWT dan hendaklah kamu bersama orang yang benar”.

Kemaafan : Salah dan silap merupakan satu daripada fitrah manusia. Salah dan silap itu tidak seharusnya disengajakan. Justeru itu jika ia berlaku tanpa niat dan di luar kesengajaan, maka perbuatan itu harus dimaafkan. Dalam pengurusan organisasi, kemaafan digalakkan oleh Islam untuk memberi peluang kepada anggota yang melakukan kesalahan memperbaikinya. Tetapi ia tidak wajar diulangi lagi anggota yang dimaafkan. Sehubungan dengan ini, Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Nuur : 22 yang bermaksud :
“.... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah
mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.


Kesabaran : Sabar ialah ketahanan rohani dan jasmani untuk melaksanakan titah perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Sifat ini sememangnya digalakkan oleh Islam dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Sabar dari satu segi ialah ketabahan menghadapi kesusahan dan kecekalan untuk mengatasi masalah. Dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi, masalah dan cabaran
merupakan asam garam yang tidak dapat dielakkan.
Sifat sabar sungguh mulia sekali untuk dihayati oleh anggota pengurusan organisasi kerana ia dimiliki oleh para Rasul. Kesabaranlah yang membimbing seseorang untuk mencapai kejayaan setelah mengalami kegagalan, kerugian, kehampaan dan sebagainya.

Syukur : Seseorang itu belum dikatakan bersyukur kepada Allah sebelum nikmat yang diperolehinya itu digunakan untuk hal-hal yang diredhai Allah.

Berani Menghadapi Kritikan
Perasaan takut kepada kritikan merenggut inisiatif seseorang, merosak kekuatan imaginasinya, membatasi kebebasan individu, merampas keberdiri sendiriannya, dan merugikan dalam banyak hal.

Takut menghadapi kritikan akan membuat seseorang pekerja takut meletakkan target yang tinggi bila menjalankan sesuatu kerja. Majikan yang memahami sifat manusia mendapat yang terbaik dari pekerjanya bukan dengan kritikan, melainkan dengan dorongan yang membina.

Berani Mengkritik Secara Menyenangkan
Kemukakan kritik yang membina. Tunjukkanlah bagaimana yang sebaiknya. Jangan hanya mencari-cari kesalahan. Kalau anda tidak tahu bagaimana sebaiknya untuk melakukannya, lebih baik anda diam.
Orang yang mengkritik pada masa kritik diperlukan, dan memberinya secara jitu, jarang kita temui. Mereka inilah memang pemimpin sejati. Ramai di antara kita lebih senang mengkritik semasa pemimpin tidak berada disisi mereka.

Cara-cara memberi kritikan yang positif ialah :
         Kritiklah di bawah empat mata dan jangan sekali-kali mengkritik di depan orang ramai.
      o
         Lakukan itu dengan senyum simpul, secara bersahabat.
      o
         Mula dengan memuji, untuk mententeramkan orang yang bakal dikritik.
      o
         Kritiklah dengan mengemukakan kepentingan orang yang dikritik dan organisasi.
      o
         Kemukakan kritik yang membina. Tunjukkanlah bagaimana yang sebaiknya. Jangan hanya
      o
         mencari kesalahan
. Kalau tidak tahu bagaimana yang sebaiknya baik diam.
         Akhirlah kritik anda dengan memuji, dan tepukkan ke bahu orang berkenaan.
      o

Berani Menghadapi Kegagalan
Orang yang berjaya tidak pernah mempunyai perasaan takut kepada kegagalan. Bahkan kegagalan merupakan pelajaran terbaik bagi mereka.
Orang yang mempunyai rasa takut kepada kegagalan selalu cepat berputus asa. Kegagalan pertama membuatnya enggan untuk melanjutkan tindakan menuju matlamatnya.
Orang-orang yang menyerah pada rasa takut akan mengambil jalan pantas untuk mendekati matlamat.
Mereka tidak akan fakir liku-liku kejayaan. Orang yang seperti ini mengharap kejayaan orang lain yang dilimpahkan kepadanya.
Orang yang takut gagal dalam mencapai cita-citanya lebih senang menjadi penonton dan pengkritik. Jika lihat orang lain gagal dalam usahanya maka ia akan mengejek habis-habisan, mengkritik dengan matlamat
melemahkan keyakinan orang itu. Pengkritik yang paling lantang biasanya datang dari orang yang kecewa dan iri hati terhadap kejayaan orang lain.

Selesai saja mumme mengedit tazkirah ini,berkumandang takbir raya di LIVE KAABA...betapa ku bersyukur atas peluang utkku terus hidup pada hari ini,KERANA banyak sungguh kekhilafan ku yg wajib ku perbaiki.

Comments

Popular Posts