He's all grown up?

Mumme rasa menjelang usia Danish mencecah 5tahun ni,he's no more a baby boy he used to be before.he's a gentleman i have dreamt...tapi byk juga kesalahan mendidik yg mumme lakukan dpt detect lepas baca artikel ni...mari sama2 belajar...next mumme akan cari cara mendidik anak perempuan pula...

dari arkib Utusan Malaysia

                          Anak lelaki selesa diasuh ibu


Masyarakat umumnya lebih mendekatkan anak-anak lelaki dengan bapa mereka. Anak-anak lelaki dikehendaki menunjukkan ketangkasan dan sifat kelelakian sejak kecil dan ibu ditegah memanjakan anak lelaki dengan ciuman dan pelukan kerana khuatir mereka akan mempunyai perwatakan lembut.
Kata pepatah tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia memang mempunyai kebenaran, kerana asuhan ibu boleh menjadikan anak lelakinya seorang yang berpengaruh dan disanjungi atau sebaliknya.

Tanggapan ini disangkal oleh ramai lelaki yang berjaya, kerana mereka sangat menghargai peranan ibu mereka yang bertanggungjawab mengasuh dan mendidik mereka sejak kecil untuk menjadi manusia yang berguna.
Buku kanak-kanak William`s Doll yang ditulis oleh Charlotte Zolotow menceritakan bagaimana seorang budak lelaki belajar mengasuh apabila neneknya menghadiahkan anak patung yang menjadi idamannya. Ibu-ibu yang menjalin hubungan positif dengan anak-anak lelaki membantu mereka untuk membesar menjadi suami dan bapa yang baik serta manusia yang berjasa kepada masyarakat.

Dalam bukunya Real Boys: Rescuing Our Sons from the Myths of Boyhood, William Pollack mengingatkan kita bahawa cara kita membesarkan anak lelaki kita adalah berasaskan banyak kepercayaan karut seperti budak lelaki tidak boleh menangis atau budak lelaki mesti kuat seperti bapa mereka. Tanpa kita sedari, kepercayaan seperti ini boleh merosakkan anak-anak lelaki kita.

Berikut adalah beberapa cara yang disarankan untuk mengukuhkan ikatan antara ibu dan anak lelaki dan seterusnya mengukuhkan hubungan keluarga:

1. Memasak bersama anak lelaki.
Jika memasak di dapur membuat anak lelaki anda merasa seperti perempuan, anda boleh mengajak anak lelaki anda memasak di luar dengan mengadakan perkelahan B.B.Q. di laman.

2. Membaca bersama.
Ibu dan anak lelaki boleh bertukar-tukar idea mengenai buku yang mereka baca. Ini adalah cara yang baik untuk mendengar anak lelaki anda bercakap mengenai idea dan perasaannya.

3. Belajar bermain dan memahami sukan kegemaran anak lelaki anda.
Siapa kata ibu tidak boleh menjadi peminat bola sepak? Atau, menjadi peminat golf? Berusahalah untuk mengenali bintang-bintang terkenal dalam dunia sukan yang diminati oleh anak lelaki anda.

4. Bersenam bersama.
Berjoging pada waktu pagi bukan sahaja menyegarkan badan dan fikiran. Masa bersenam adalah masa yang berkualiti untuk anda berkongsi fikiran dan perasaan dengan anak lelaki anda dan begitu juga sebaliknya.

5. Tutup televisyen.
keluarkan mainan papan dan bermainlah bersama anak lelaki anda. Pilih mainan yang sesuai dengan usia dan tahap pemikiran anak lelaki anda agar dia berpeluang untuk menang.


6. Galakkan anak lelaki anda belajar kemahiran kraftangan seperti menjahit, menenun, menggunting dan menampal atau mengukir. Usah fikirkan sama ada anak lelaki anda dapat mempelajari kemahiran ini dengan cemerlang.

7. Bawa anak lelaki anda bersama apabila anda menyertai kegiatan sukarela.
Membantu orang lain dan belajar berkongsi dengan orang lain dalam masyarakat adalah pengajaran sepanjang hayat yang sangat berharga bagi anak lelaki anda. Ibu bapa yang gemar memberikan bantuan secara sukarela akan menjadi contoh yang baik dan mendorong anak mereka untuk menyertai usaha kebajikan masyarakat apabila mereka dewasa.

8. Perjuangkan hak anak lelaki anda. Tingkah laku anak lelaki sering disalah faham. Mereka aktif dan lasak. Anda perlu menerima tingkah laku ini sebagai sebahagian daripada cara mereka dan bukan mengkritik mereka.

9. Bantu anak-anak lelaki anda menganjurkan aktiviti mereka.
Naluri ingin belajar perlu disemaikan sejak dari kecil. Dengan membantu anak-anak lelaki anda membina kemahiran sejak usia prasekolah, anda membantunya meluangkan masa untuk bekerja dan bermain.


10. Jika anda mempunyai anak lelaki dan perempuan, jangan buat perbandingan antara mereka.
Ibu-ibu juga boleh memainkan peranan secara positif untuk mendekatkan anak lelaki dengan bapa mereka, kerana ibulah yang menyediakan peluang untuk bapa dan anak lelaki memahami satu sama lain dan merancangkan aktiviti yang menyeronokkan bersama. Pada hakikatnya, ibu boleh mengasuh anak lelaki supaya bersikap prihatin dan bertoleransi, agar mereka tidak membesar menjadi lelaki yang gemar menggunakan kekerasan dan keganasan untuk mencapai hajat mereka.
-- Rencana ini ditulis oleh pakar pembangunan kanak-kanak, Ruth Liew, dan dibawakan kepada anda oleh Glucolin.

Comments

  1. ummiross ada dua anak,dua2 lelaki sedang menginjak remaja,semoga Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk anak2 kita...

    ReplyDelete
  2. thanks nurul..article ni memang membantu sgt..aku pon baru je terpikir pasal didikan anak lelaki ni..sebab nye anak aku adam ni sgt rapat dgn aku..sampaikan dia setiap ape aku buat,..sume dia akan buat..aku tgk cermin pakai tudung dia pon ikut tiru.

    ReplyDelete
  3. @ ummiross:pasti banyak ilmu yg ummiross dapat kongsikan dgn mumme tentang membesarkan anak lelaki di zaman yg serba mencabar ini...

    @ atid:comellah gelagat adam ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts