Pernahkah anda alaminya?

Terakhir mumme sgt terkesan dgn pemergian arwah makcik yg sgt mesra dengan mumme.Tapi kerana jarak memisahkan kami,perlahan2 dapat mumme lupakannya...tapi semalam,husband balik lewat,sekitar 10.30malam dan bertanyakan samada mumme ok atau tidak...he thought that mumme knew about what happened to our neighbour (Malaysian,staying few blocks from ours)...baru meninggal dunia tengahari tadi...Innalillah...sukar benar mumme memejamkan mata mata tadi kerana terflash back segalanya...facebook dia,appearance dia waktu raya haji lepas...Pernahkah anda alaminya?

Mungkin mumme akan mengambil sedikit masa untuk memandu kembali di sini,kerana tempat berlakunya kemalangan tu adalah laluan kegemaran mumme ke kelas English.Ingat tak video yg mumme solo2 masa kanak2 ke sekolah sewaktu kemuncak Fall...pokok2 menguning...

Apalagi memandu dalam gelap...berseorangan..segalanya datang bertandang dalam fikiran...

Di sebalik berita itu,terselit jua peringatan dari Allah buat mumme dan semua kita yang masih lagi bernyawa...seandainya sesaat selepas ini kita dipanggil Allah...persiapkan diri kita...jangan bertangguh,berlarilah mengejar keredhaan Allah...mumme benar2 insaf dengan KEMATIAN...

Apa yang mumme harap dapat membantu saudara kita itu ialah,mumme rayu saudara dan saudari hadiahkan sekurang2nya al-fatihah untuk saudara seagama kita itu...terima kasih...

Comments

  1. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali, semoga rohnya dicucuri rahmat, al Fatihah.

    ReplyDelete
  2. terima kasih Ummi.
    Janji Allah itu pasti...mati itu pasti,hidup insyaAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts