Suratan atau kebetulan

Pagi Jumaat ni terasa sayu sangat...
Mungkin kerana mumme masih tersentap
dgn pemergian seorang kawan

Yang mana
amat menginsafkan

Begitu lah kehidupan
Mati itu pasti,
hidup insyaAllah.

Sepanjang 5  tahun kebelakangan ini
Banyak sekali
Peristiwa
Yang mumme rasa
Tidak sengaja terjadi

Bertemu insan2 yg sukar
Rupa2nya dia ada bau2 bacang
Di situ
Mumme rasa ianya adalah suratan
Supaya di akhirnya persepakatan akan terjadi

Bertemu juga insan2
Yang jalan hidup kami serupa
Tiba2,mereka diduga
Itu juga bukan kebetulan
Agar Mumme berwaspada
Dan bangkit dari buaian keindahan dunia

Bertemu juga
Insan2 baru
Yang banyak
Menemukan kepada
Insan2 yang lain...
Jika mumme belajar sesuatu dari sebahagian mereka
Pastinya juga sebahagian dari mereka
Ada yg mempelajari sesuatu daripada mumme

Setiap dari kita
Telah Allah letakkan
Di tempat nya...

Semoga kita semua
Sentiasa menjadi hambaNya
Yang beruntung...

Comments

Popular Posts