Bonzai

Tajuk entri ni bersesuaian dgn keperluan mumme mendapatkan info tentang penjagaannya.Sbb nak kena menjaga sepasu kecil bonsai my other half.Baru hari ni la mumme tau yg si dia suka bonsai...Jadi kepada yg juga meminati bonsai bolehlah berkongsi...Foto dr forumcari.

Arkib Utusan Malaysia

Sabar, cekap rahsia bentuk bonsai


BONSAI pokok jejawi antara yang paling disayangi Mahadi Ismawi.


PORT DICKSON 1 Sept. - Sememangnya membentuk sesuatu pokok agar menjadi bonsai memerlukan tempoh yang lama dan memakan masa beberapa tahun untuk membentuknya.



Apatah lagi apabila penghasilan bonsai itu dilakukan melalui teknik pembenihan yang dikatakan mampu menghasilkan seni bonsai yang lebih unik.



Menurut penggemar bonsai, Mahadi Ismawi, 50, pokok bonsai dipelihara sehingga matang iaitu tiga hingga lapan tahun sebelum boleh digubah mengikut kreativiti masing-masing.



Kata Mahadi, penjagaan bonsai sebenarnya tidak sesukar yang disangkakan selagi ia dilakukan dengan penuh minat dan kesungguhan.



"Seni penghasilan bonsai memerlukan masa lama dengan penjagaan yang rapi bagi membolehkan pohon yang benar-benar sihat dan menarik dihasilkan. Ia bukan kerja sambil lewa kerana penghasilannya memerlukan tahap ketekunan dan ketelitian yang tinggi," katanya.



Beliau yang mengumpamakan seni tersebut sebagai proses menjaga seorang bayi memberitahu, pokok bonsai perlu mendapat cahaya matahari yang mencukupi manakala penyiramannya pula dilakukan dua kali sehari.



"Baja diperlukan membabitkan baja daun, batang dan akar daripada jenis organik yang terbaik. Di samping itu sebagai penjagaan tambahan daripada serangan serangga perosak atau penyakit, sejenis ubat yang dinama sebagai 'ubat luka' diperlukan," jelasnya.



Menyentuh tentang gubahan bonsai, kata Mahadi, ia sebenarnya perlu dibentuk sejak ia masih kecil lagi di mana pemasangan atau lilitan dawai sangat penting bagi menghasilkan rekaan dikehendaki.



"Selain itu, daunnya juga perlu sentiasa dijaga dan dibuang untuk membolehkan daun yang baru tumbuh bagi mengekalkan keindahannya," tambah beliau lagi.



Seni mencantikkan bonsai itu juga bergantung kepada pasu yang mampu menyerlah keindahan pokok tersebut.



"Terdapat pelbagai jenis pasu dari jenis besar dan kecil. Ia perlu disesuaikan dengan jenis pokok tersebut seperti pokok yang berbatang besar sesuai ditempatkan dalam pasu tebal," katanya.



Di samping itu, kebanyakan pokok yang dijadikan bonsai memerlukan cahaya yang cukup dan mesti ditempatkan di kawasan terbuka untuk membantu proses pertumbuhannya.

Comments

  1. Kat Pasar Satok banyak bonzai cantik dan harganya tak mahal sangat, Mummue mesti suka

    ReplyDelete
  2. Ye lah Ummiross...mesti best kan Pasar Satok tu...macam-macam ada...

    ReplyDelete
  3. wah! mumme dah suka bonsai laa... boleh le lawat nanti.

    ReplyDelete
  4. Pasar Satok...suami jumpa terubuk masin je..he..he..

    ReplyDelete
  5. @Adzriel AB:Free2 boleh jer dtg...itu mumme belum share lagi pasal rose kuning dah berbunga...mumme dan rose x dpt dipisahkan...

    aah...suami mumme pun bw balik terubuk masin ajer...mmg mereka perlu bw kita next time kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts