Hasil daya usaha mantap 2 minggu...

Semalam mumme sgt ketakutan...
Sedar lah mumme bahawa selama ini mumme take advantage atas nikmat itu...
tapi semalam tidak...mumme akan lebih berjaga2 selepas ni...
patutlah dari Sabtu lepas terasa sengal2 kaki dan bahagian lutut...tapi hari Sabtu itu,tak tahu lagi sebab musabab yg sebenarnya...juga terasa penat dan tercungap2 bila nak naik tingkat atas...
sekalikan...
semalam,lah...
masa nak fetch kanak2 dr sekolah,nak sarungkan my fav jeans,aduh...sendatnyaaaaa...sampai senak perut.mmg x boleh masuk...
try another one,sendat juga...another bigger one baru boleh masuk...
Apakah tandanya itu?
Itu tandanya mumme dah gain weight...unhealthy punya gain...
Itulah...last few weeks,mmg program makan2nya sgt lah hebat...
(seiring dgn ketidak berasapan dapur.....)
2 minggu berturut2 mumme berulang ke cafe Supremo Donuts and Coffee...mengangkut donutnya
yg sangat marvellous...serius sedap...harganya juga berpatutan...sambil2 ambik donut tu ada lah juga
terambil yg lain....terbayang bgmn mumme makan krim cheese cake dgn enaknya hari tu...itulah,masa makan tu x ingat2...sbb selalu ok jer kan...mana lah tahu kali ni boleh pulak x ok...
Itu hal donut,hal durian lain pulak ceritanya...
makan durian di tepi lori (yg telah di ambush oleh penguatkuasa smlm)...boleh tu...11.30 mlm makan durian dgn gembiranya...jadi...inilah hasilnya...(tak berani naik atas penimbang lagi sehingga ke saat ini)...
Jadi sekarang ini mumme sedang countdown berbuka puasa...berpuasa ganti dan berusaha mengawal tabiat makan yg x baik...mmg benarlah...berhentilah makan sebelum kenyang...

________________________________________________


Piramid makanan yg digunapakai di US...
___________________________________________________________
Sepiring donut secawan kopi




Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA

maria.zakaria@utusan.com.my

Gambar HAYAT SUEET







Mohd. Azhari Jemaon menunjukkan pelbagai jenis Supremo Donuts.



--------------------------------------------------------------------------------







SANTAI dan rehat sambil menikmati hidangan secawan teh dan juga beberapa jenis kuih sudah seperti menjadi satu trend di kalangan masyarakat tempatan hari ini.



Tambahan pula hari ini kedai kopi moden semakin banyak, sekali gus menyenangkan sesiapa sahaja untuk menikmati secawan teh mahupun kuih sebagai pelapik perut.




Untuk itu, bagi mereka yang gemar menikmati sepiring donut, roti, bun dan juga secawan kopi, apa kata kunjungi Supremo Donuts & Coffee yang terletak di 46A, Jalan 3/70, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.




Selain donut, ia turut menawarkan hidangan masakan Barat seperti burger daging dan ayam, stik daging lembu serta kambing, chicken chop, fish n' chip dan pelbagai pilihan spaghetti.



Bagi donut dan roti pula, Supremo Donuts & Coffee menyediakan lebih 15 jenis donut di mana ia diletakkan di bawah tiga kategori iaitu ring donut, bismark donut dan shell donut.




Menurut Pengarah Urusannya, Mohd. Azhari Jemaon, 37, Supremo Donuts & Coffee mungkin dilihat sebagai sebuah kedai donut yang sama dengan kedai-kedai donut yang lain.



Namun, yang menjadikannya lebih istimewa ialah kopi yang dihidangkan diimport dari Jamaica.



''Lazimnya, para pelanggan yang menikmati hidangan sepiring donut, roti mahupun bun, mereka pasti akan menikmatinya bersama-sama kopi Jamaica Blue Mountain.



''Selain rasanya yang sedap, kopi ini juga tidak terlalu 'keras' dan ia boleh dinikmati tanpa mengira masa," katanya yang mengakui Supremo Donuts & Coffee merupakan resipi dihasilkan sendiri.Walaupun baru memulakan perniagaannya pada bulan Jun lalu, pemegang diploma lanjutan dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu berjaya membuka tiga cawangan iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangunan Telekom Malaysia, Kolej Politek Mara serta Universiti Sains Islam Malaysia.




Mengulas lanjut mengenai perniagaannya, menurut Mohd. Azhari, dia menggunakan pengalaman yang ada sebelum ini untuk menjalankan sendiri kerja-kerja pemilihan menu serta dekorasi kedai.



Mohd. Azhari sendiri berjaya mengilhamkan dekorasi yang cukup untuk menarik pelanggan mengunjungi kedainya.



Katanya, pengalaman berada di rantau orang selama 11 tahun sedikit sebanyak turut membantunya mengendalikan Supreme Donuts & Coffee.



''Apa yang penting dalam mengendalikan perniagaan berasaskan makanan ini ialah memastikan kualiti sentiasa berada ditahap tertinggi dan sedap apabila dimakan,'' ujarnya.



Supremo Donuts & Coffee dibuka dari pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali Isnin dan setiap Jumaat perniagaan bermula dari pukul 2.30 petang hingga 12.30 tengah malam.

Comments

  1. Waa MumMe,sebut pasal donut ni memang ummi suka, cheese cake pun suka. tapi ummi ni kalau makan jenis lambat naik berat badan, cuma dah 40++ ni memang kena jaga makan jugaklah ni,exercise pun dah kurang..

    ReplyDelete
  2. @Ummi:untung lah ummi...x perlu risau nak makan...kalau ikutkan mumme selalu x naik sgt,tapi kali ni dah mmg terlalu x terkawal rasanya...moh ummiross...kita exercise...

    ReplyDelete
  3. bagus2..berdiet la..sblm gemuk cam aku ni..hehe. azam lepas bersalin, aku nak kurus blk..uwaaaaaaaaaaa..

    ReplyDelete
  4. @Atid:InsyaAllah,bila dah ada 2 nanti x sempat nak naik..penat ligan Adam dan adiknya... ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts