Ubat mengantuk...

Kopi Gantang warisan asli




Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

nazrul.sharuddin@utusan.com.my

Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED







SERBUK kopi yang telah diproses dibungkus mengikut kandungan berat yang berbeza menggunakan mesin khas.



--------------------------------------------------------------------------------







APA pun jenamanya, apa juga campuran dalam setiap ramuan, kopi mempunyai kumpulan penggemar tersendiri. Keunikan rasa dan aromanya telah menjadikan ia sebagai minuman yang sangat popular di seluruh dunia.



Malah, khasiat kopi yang kaya dengan bahan antioksida turut menambahkan keistimewaan minuman harian berkenaan.



Kesempurnaan dan kelazatan rasa kopi sebenarnya dipengaruhi oleh teknik pemprosesannya seperti memanggang, menggoreng, mengisar dan diadun bersama-sama bahan-bahan penambah perisa.



Justeru, banyak syarikat perusahaan minuman itu berusaha mencari formula terbaik untuk menghasilkan ramuan kopi yang lain daripada lain.



Di sebalik kemunculan pelbagai jenama kopi di pasaran, kita tentunya pernah menyedari satu jenama tempatan dikenali sebagai Kopi Gantang yang semakin mendapat perhatian terutama di utara tanah air.



Kopi ini unik kerana dihasilkan secara tradisional menggunakan arang. Kopi Gantang sebenarnya telah mula dihasilkan secara kecil-kecilan sejak tahun 1990.



Menurut pengusahanya, Mohamad Hasan Mohamed Rawther, 45, sebelum memulakan perniagaan tersebut, dia telah berkerja di sebuah kilang kopi Cap Songkok di Baling, Kedah selama enam tahun bermula tahun 1984.



‘‘Bermula dari situ, pada tahun 1990 saya mula terfikir untuk cuba menghasilkan ramuan kopi dengan resipi sendiri. Waktu itu, semua proses dijalankan secara tradisional.



‘‘Serbuk kopi yang siap diproses akan dibungkus dalam pek seberat 150 gram sebelum dijual menggunakan motosikal di sekitar kawasan kampung dengan harga seringgit satu paket,’’ katanya ketika ditemui di kilangnya di Baling, Kedah baru-baru ini.



Selepas tiga tahun, Mohamad Hassan yang berasal dari kampung Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah kemudian mendaftarkan syarikat perusahaan kopinya di bawah nama Gantang Enterprise.



Dengan bermodalkan RM1,500, dia membeli beberapa peralatan sokongan untuk membantu aktiviti perusahaan kopinya di bangunan kilang sementara di Kampung Kuala Pegang, Baling.



Pada tahun 2002, kilang kopinya berpindah ke kawasan tapak tetap seluas tiga ekar di Kampung Mengkuang Hujung, Baling.



Melihat sambutan pasaran yang memberansangkan, pada tahun 2009, Mohamad Hassan telah membuat pinjaman modal sebanyak RM20,000 daripada Agrobank menerusi Modal Usahawan 1Malaysia (MUS1M) dan RM50,000 pada tahun 2010.



Kini, kilangnya telah mempunyai beberapa peralatan utama seperti empat kuali menggoreng, dua buah mesin pengisar dan dua mesin pembungkus.



Bagi bekalan biji kopi pula, Mohamad Hassan menggunakan jenis Robusta yang diimport dari Indonesia selain diperolehi daripada penanam tempatan.



‘‘Sebelum ini saya pernah cuba untuk menanam sendiri kopi tetapi ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.



‘‘Lebih mudah membelinya melalui orang tengah terutama daripada Indonesia dengan harga RM5,000 untuk satu kontena,’’ katanya yang mempunyai lapan orang anak.


___________________________________________________________________________

Pernah x rasa kopi kampung?
Hari ni mumme pekena kopi ni dan mata cerah dari pagi sampai la waktu ni...10mlm...

X percaya?
mesti cuba...

Dah lama x pekena kopi,sesekali dpt tu...mmg terasa kesegarannya...

Testimoni mumme:kopi ini lebih sedap dr kopi di seluruh donia...jauh mencari rupanya ada di dalam rumah sendiri...

Comments

  1. Mana nak cari kopi kampung ni MumMe, nak try jugak ni.
    Sekali sekala pekena kopi best jugakkan, cuma ummi kalau minum kopi waktu malam,sampai pagi tak boleh tido

    ReplyDelete
  2. Ummiross minat yer...mumme beli masa balik Kedah itu hari...nanti cuti bulan 5mumme balik lagi,belikan ummi yek...

    ReplyDelete
  3. kak liza memang gila kopi. tapi under control la.

    ReplyDelete
  4. minggu ni mumme ngantuk sgt kak liza...sampai terpaksa minum kopi pekat...

    ReplyDelete
  5. baling tu kampung anis skang.heee!! skang pun ketagih kopi..tp kena kontrol sbb preggy..arghhh!! sedapnyaa minum kopi+pisang goreng time ujan2 nih....

    ReplyDelete
  6. best,best anis...baling kan bejiran je ngn pedu...dekat la ni...hiway baru...anmum+kopi hujung sudu...idea utk preggy mum...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts