30 info...

Tahukah Anda????

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida 
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia 
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.. 

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. 
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa. 

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu 
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak 
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil. 

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik 
ikan yang telah diproses. 

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan 
bukannya perasa tambahan pada makanan. 

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan 
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.. 

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee ..pengarah terpaksa memperlahankan 
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya 
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa 
dari orang lain. 
 9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor 
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di 
mana mangsa berada. 

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan 
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman 
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas. 

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 
12345678987654321. 

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika. 

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ' octothorp ' . 

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata. 

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala. 

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan 
tenggelam di dalam pasir jerlus. 

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad. 

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam 
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan. 

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley ' s gum. 

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap 
tahun. 

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling 
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa 
dan senang dibiakkan untuk makanan. 

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv. 

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk 
penduduknya. 

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya 
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. 

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne 
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun 
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung. 

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk 
bahagian bibirnya sahaja) 

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah ' flutterby ' . 

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu 
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat 
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita 
sendiri. 

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8. 

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan 

tiada no 8. kan ?





Comments

  1. haha memang tiada nombor 8...
    Info yg bagus ni MumMe, nasib baik lipas yg boleh hidup tanpa kepala 10 hari, klu manusia, bayangkan, boleh histeria kita...

    ReplyDelete
  2. waaa...best!best! pelik gak anjing xley mkn cekelat. kalo kucing mkn cekelat,xpe pulak kan.kucing anis suka betul mkn cekelat.hihi!

    ReplyDelete
  3. ha..ha.. kak liza pernah baca ni. berus gigi guna yg berpenutup. takut lipas cium.

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI IBU MUMME, SEMOGA SENTIASA DIBERKATI..

    ReplyDelete
  5. @Ummiross:aiii Ummi...dh jd cerita Jgn Pandang Blkg dah tu...

    ReplyDelete
  6. @Anis:wah...untungnya kucing anis...

    ReplyDelete
  7. @Kak Liza:ciuman yg x diingini,kan kak...

    ReplyDelete
  8. @Ummiross:thanks ummi...begitu jg buat ummiross dan semua wanita...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts