2 minggu x jumpa...

bila jumpa...2 jam sessi eksesais berjalan di Taman Duta dan Canseleri jadi 2 jam sessi borak...

Pg2 lagi mumme bangun buat breakfast (pancake microwave pisang---ekoran kemalasan mumme nak menggoreng),siap2kan Danish dan Nuha ke taska (en asben anto)...pastu bersesak2 (sibuk je kannn) dgn road user ke putrajaya melalui sungai merab (cehhhh...terimbau kenangan bekerja di cyberjayaaaaa)...lokasi nye ke Taman Duta ajer...yg bukit tinggi tu...not bad...segar udara nya...walopun berjalan ajerrrr...

yelah dah 2 minggu x jumpa best fren sekerja...adik baru grad tapi ngam lah...prinsip mumme sng jer,selagi seorg tu menghormati prinsip org lain...dunia akan aman...

46 KAWAN BAIK


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .



Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.

Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya

untuk mencapai kejayaan.



Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat

perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk

berbuat kebaikan.



Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih

atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan

kepada kawan biasa.



Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada

disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan

kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai

kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.



Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan

kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.



Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.



Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.



Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.



Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan

kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.



Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!


walking2,pastu snap2 gambo...borak2 (bukan ngumpat tau...)

Sambil menaip tetiba laptop en asben ada lagu ni...ms kami di US hits betul lagu ni...tapi perkataan s*** tu maybe x berapa comel...

Comments

  1. MumMe,Bestnya kalau dapat kawan baik yang memenuhi ciri2 yang baik di atas ni. Kawan yang baik membawa ke syurga..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada kawan yg baik2.. bergaul dengan kawan2 yg baik buatkan kita terikut utk menjadi lebih baik lagi..

    ReplyDelete
  3. betul ummiross...kawan baik tu adalah rahmat dari Allah...dan membuatkan kita meneruskan sesuatu perkara...mcm ummi,always support mumme kat blog...thanks ummiross

    ReplyDelete
  4. bestnya penulis novel respon kat blog mumme...thanks kak Hanis Azla....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts